widget

Tuesday 21 January 2014

CARA MUDAH MENGIRA SIFIR 99


TIP-TIP SIFIR 99

Insyallah, kali ini kita akan belajar pula tip-tip mudah untuk mengira sifir 99. Apa korang rasa kalau ada yang tanya sifir 99 tanpa korang boleh gunakan kalkulator ataupun pen/pensel dan kertas. Mestilah rasa susahkan sebab 99 tu bukannya kecil. Tapi tak apa. Insyallah, tip-tip yang akan saya kongsikan bersama ini akan dapat membantu korang menjawabnya dalam masa yang singkat. Jom baca.

SIFIR 99 UNTUK SATU DIGIT NOMBOR
Contoh: 5 x 99

5 x 99 = 495
Adakah korang perasan bahawa jikalau kita keluarkan 9 pada hasil darab tersebut kita akan dapat nilai 45. Dan nilai 45 itu adalah hasil daripada pendaraban antara 5 dan 9. Kalau korang nak kepastian, tengok senarai kat bawah. Kalau kita abaikan 9 di tengah, kita akan dapat bahawa nombor tersebut hanya hasil darab antara A (nombor yang di darabkan) dengan 9.

Sifir 99 (1-9)             (A x 9)    

1 x 99 = 099          (1 x 9 = 09)
2 x 99 = 198          (2 x 9 = 18)
3 x 99 = 297          (3 x 9 = 27)
4 x 99 = 396          (4 x 9 = 36)
5 x 99 = 495          (5 x 9 = 45)
6 x 99 = 594          (6 x 9 = 54)
7 x 99 = 693          (7 x 9 = 63)
8 x 99 = 792          (8 x 9 = 72)
9 x 99 = 891          (9 x 9 = 81)

Gambaran cara untuk mengira
Nota: korang pon boleh gunakan teknik ni untuk sifir 999,  9999 dan seterusnya. Korang hanya perlu tambah 9 di tengah macam kat atas. Cuma bilangan 9 kat tengah tu kurang satu dari bilangan 9 dari sifirnya
(Contoh: 5 x 999 = 4995, 5 x 9999 = 49995)

SIFIR 99 UNTUK DUA DIGIT NOMBOR
Baiklah, seterusnya adalah untuk nombor dua digit pula.

Contoh: 29 x 99

29 x 99 = 2871
Perhatikan betul-betul dua nombor hadapan pada hasil darab tersebut, 28 kan? Bukankah 28 itu adalah bersamaan 29-1 dan 29 adalah nombor yang didarabkan dengan 99. Kalau korang rasa bahawa ini hanya kebetulan, cuba lihat contoh-contoh di bawah.

34 x 99 = 3366
53 x 99 = 5247
79 x 99 = 7821

Kesemua contoh-contoh ini menunjukkan bahawa dua nombor dihadapan bagi hasil darab tersebut adalah bersamaan nombor yang didarabkan dengan 99 ditolak dengan 1. Ok, sekarang cuba perhatikan pula dua nombor dibelakang pada hasil darab tersebut. Cuba korang campurkan dua nombor dihadapan dengan dua nombor di belakang. Kesemuanya akan berjumlah 99. Betul kan?

34 x 99 = 3366          33 + 66 = 99
53 x 99 = 5247          52 + 47 = 99
79 x 99 = 7821          78 + 21 = 99

Oleh itu korang boleh kira macam ni.

Contoh: 26 x 99

Langkah 1: Untuk dua nombor di hadapan tolakkan dengan 1

Langkah 2: Untuk nombor yang ke tiga, tolakkan nombor pertama daripada 9

Langkah 3: Untuk nombor yang terakhir, tolakkan nombor kedua daripada 9


SIFIR 99 UNTUK TIGA DIGIT NOMBOR
Yang terakhir yang ingin saya kongsikan bersama pada kali ini adalah untuk nombor tiga digit

Contoh: 154 x 99

154 x 99 = 15246
Cuba perhatikan sekali lagi dua nombor pertama untuk hasil darab tersebut. Haha, kali ini bukan kurang satu tetapi kekal sama. Seterusnya perhatikan pula nombor yang ketiga bagi hasil darab tersebut. Nombor itu adalah hasil daripada nombor ketiga pada nombor yang didarabkan dengan 99 dan ditolakkan dengan nombor pertama yang didarabkan dengan 99 yang ditambah 1. 

Sekarang pula lihat pada dua nombor terakhir bagi hasil darab tersebut. Caranya agak sama dengan yang digit sebelum ini cuma kali ini kita akan gunakan dua nombor terakhir pada nombor yang didarabkan dengan 99. Jangan pening lagi. Saya akan terangkan secara terperinci bagi memudahkan korang untuk faham apa yang saya maksudkan. 

Untuk mengiranya, korang boleh guna cara ini

Langkah 1: Untuk dua nombor di hadapan, salin dua nombor hadapan bagi nombor yang di darabkan dengan 99


Langkah 2: Untuk nombor yang ketiga, tolakkan nombor ketiga bagi nombor yang didarabkan dengan 99 dengan nombor pertama yang didarabkan dengan 99 yang telah ditambah 1.



Langkah 3: Untuk nombor keempat, tolakkan nombor kedua bagi nombor yang didarabkan dengan 99 daripada 9  


Langkah 4: Untuk nombor terakhir, tolakkan nombor ketiga bagi nombor yang didarabkan dengan 99 daripada 10


Hanya ini sajalah yang dapat saya kongsikan bersama korang untuk kali ini. Harap apa yang saya kongsikan bersama ini akan memberi banyak manfaat. Insyallah, saya akan cuba berkongsi lagi jikalau ada kelapangan.

Link yang berkaitan:
CARA MUDAH MENGIRA SIFIR 11 
http://nofazkhawarizmi.blogspot.com/2014/01/cara-mudah-mengira-sifir-11.html )







   

No comments:

Post a Comment