TIP-TIP SIFIR 11
Insyallah, pada kali ini kita akan belajar tip-tip untuk mudah mengira sifir 11. Tidak dinafikan bahawa di zaman yang serba canggih dan moden ini kita boleh mengira menggunakan kalkulator yang ada dijual di kedai-kedai ataupun menggunakan aplikasi yang ada dalam smart phone. Namun tidak salah kalau kita menambahkan ilmu kita walaupun kita rasa tidak begitu penting, kan?
Ok. Mari kita mulakan perkongsian ilmu kita pada kali ini. Kita mulakan dengan yang paling mudah.
7 x 11 = 77
Jika anda lihat 7 apabila didarabkan dengan 11, hasilnya adalah 7 dan 7 (77). Begitu juga dengan 2 x 11 = 22, 3 x 11 = 33, 4 x 11 = 44 sehinggalah 9 x 11 =99. Sebagai kesimpulan, apabila nombor satu digit didarabkan dengan 11, nilainya hanya akan menjadi dua salinan digit tersebut.
SIFIR 11 UNTUK SATU DIGIT NOMBOR
Contoh: 7 x 117 x 11 = 77
Jika anda lihat 7 apabila didarabkan dengan 11, hasilnya adalah 7 dan 7 (77). Begitu juga dengan 2 x 11 = 22, 3 x 11 = 33, 4 x 11 = 44 sehinggalah 9 x 11 =99. Sebagai kesimpulan, apabila nombor satu digit didarabkan dengan 11, nilainya hanya akan menjadi dua salinan digit tersebut.
Sifir 11 (1-9)
1 x 11 = 11
2 x 11 = 22
3 x 11 = 33
4 x 11 = 44
5 x 11 = 55
6 x 11 = 66
7 x 11 = 77
8 x 11 = 88
9 x 11 = 99
Sekiranya kita gantikan digit tersebut sebagai A, jadi bolehlah kita keluarkan
[Formula: (A) x 11 = (A)(A), dimana A adalah digit bagi nombor yang didarabkan dengan 11]
Nota: Setiap ( ) mewakili satu digit nombor
SIFIR 11 UNTUK DUA DIGIT NOMBOR
Seterusnya, mari kita lihat pula untuk nombor dua digit.Contoh: 23 x 11
23 x 11 = 253
Cuba anda perhatikan nombor di antara 2 dan 3. Ya, itu adalah 5. Jika diperhatikan betul-betul, 5 adalah hasil tambah 2 dan 3 (2 + 3 = 5). Serta, nombor 2 dan 3 yang mengapit 5 adalah dua digit asal yang didarabkan dengan 11, iaitu 23. Mari kita cuba contoh yang lain bagi memastikan deduksi ini betul atau salah.
14 x 11 = 154
25 x 11 = 275
53 x 11 = 583
Nampaknya seperti yang dijankakan, nombor pertama dan terakhir bagi hasil darab tersebut adalah dua digit yang sama dengan dua digit nombor yang didarabkan dengan 11. Dan nombor yang berada di antara dua digit tersebut adalah hasil tambah dua digit tersebut. Oleh itu, kita boleh mengeluarkan
[Formula: (A)(B) x 11 = (A)(A+B)(B), dimana A adalah digit pertama dan B adalah
digit kedua bagi nombor yang didarabkan dengan 11]
digit kedua bagi nombor yang didarabkan dengan 11]
Nota: Setiap ( ) mewakili satu digit nombor
SIFIR 11 UNTUK TIGA DIGIT NOMBOR
Baiklah, yang terakhir yang ingin saya kongsikan bersama mengenai tip-tip sifir 11 adalah bagi nombor yang mempunyai 3 digit.Contoh: 215 x 11
215 x 11 = 2365
Mungkin nampak agak rumit, tapi percayalah cara ini amat mudah untuk digunakan. Jika anda perhatikan pada hasil darab tersebut, anda akan mendapati bahawa nombor tersebut mempunyai empat digit nombor.
~Digit pertama pada hasil darab tersebut adalah sama seperti digit pertama nombor yang didarabkan dengan 11.
~Digit kedua hasil darab tersebut pula adalah hasil tambah digit pertama dan digit kedua nombor yang didarabkan dengan 11
~Digit ketiga hasil darab tersebut pula adalah hasil tambah digit kedua dan digit ketiga
nombor yang didarabkan dengan 11
~Digit keempat pada hasil darab tersebut adalah sama seperti digit ketiga nombor yang didarabkan dengan 11.
Oleh itu, kita dapat mengeluarkan
[Formula: (A)(B)(C) x 11 = (A)(A+B)(B+C)(C), dimana A adalah digit pertama, B adalah digit kedua dan C adalah digit ketiga bagi nombor yang didarabkan dengan 11]
Nota: Setiap ( ) mewakili satu digit nombor
![]() |
Gambaran bagi mudah difahami |
Mudahkan. Semoga segala tip-tip yang dikongsikan bersama ini akan menjadi sesuatu yang berguna untuk anda, InsyaAllah. Jikalau ada salah dan silap dalam perkongsian ilmu ini, saya memohon seribu kemaafan. Semoga Allah memberi kepada kita petunjuk dan hidayah-NYA. Amin.
Link yang berkaitan:
CARA MUDAH MENGIRA SIFIR 99
( http://nofazkhawarizmi.blogspot.com/2014/01/cara-mudah-mengira-sifir-99.html )Link yang berkaitan:
CARA MUDAH MENGIRA SIFIR 99
No comments:
Post a Comment