widget

Wednesday 18 December 2013

Rahsia Mekah dan Nisbah Emas

Mekah, kota suci yang agung
Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah (Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. 


Mekah ialah kota yang paling suci bagi umat Islam. Setiap hari sebanyak lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.

Terdapat rahsia dan bukti saintifik yang sukar untuk dipercayai yang tersembunyi dalam Bandar Suci Mekah selama beribu-ribu tahun. Apakah rahsia tersebut? Rahsia nombor yang hebat dalam matematik iaitu 1.618. Kenapa nombor ini dikatakan hebat? Kerana Allah S.W.T sering menggunakan nombor ini dalam penciptaan kejadian dalam alam semesta seperti denyutan jantung, nisbah spiral DNA, susunan daun dan struktur spiral pelbagai galaksi. Allah S.W.T sering menggunakan nombor yang sama iaitu  1.618 (juga dikenali sebagai nisbah emas).


Keunikan manusia




Selain itu, nisbah ini juga digunakan pada piramid di Mesir dan pada rekaan pelbagai binaan struktur bangunan yang terkenal. Seorang Astronomer bernama Kepler menyatakan bahawa nombor ini boleh diumpamakan sebagai harta yang sangat berharga. Manakala Dr. Steven Markout, Pakar Estetika pula telah membuktikan hasil kajiannya selama 25 tahun bahawa setiap rupa bentuk dan badan manusia dihasilkan dengan menggunakan nisbah ini yang dianggap cantik oleh setiap orang di dunia ini. Hal ini kerana jika sebarang bentuk mempunyai nisbah aspek 1.618, nescaya bentuk ini akan mempunyai nisbah emas atau dalam kata lain rekabentuk yang sempurna. 

Anologinya, ukuran pada wajah manusia di mana kedudukan ukuran mulut ke dagu, mulut ke hidung dan ukuran pada tangan manusia di mana ukuran nisbah pangkal tangan ke sendi, sendi ke tapak tangan semuanya didapati menggunakan nisbah 1.618.




Di manakah titik nisbah emas di bumi ?

Hasil kajian mendapati “The World’s Golden Ratio Point” berdasarkan kepada nisbah 1.618 terdapat di bumi. Ia dapat dibuktikan dengan nisbah jarak antara Mekah dan kutub utara serta nisbah jarak antara Mekah dan kutub selatan yang didapati menggunakan nisbah 1.618. Jika dirujuk kepada kedudukan Mekah di dalam peta didapati kedudukan lokasinya berada di latitude yang menunjukkan Kota Mekah. Kalau diukur pula nisbah jarak Mekah ke arah Timur dan Barat yang ditentukan oleh garis solstis, ia masih menunjukkan Kota Mekah. Subhanallah…..



Semua bukti-bukti ini menunjukkan kepada kita bahawa Pencipta Alam adalah satu tuhan iaitu 
ALLAH S.W.T

No comments:

Post a Comment