widget

Tuesday 21 January 2014

CARA MUDAH MENGIRA SIFIR 99


TIP-TIP SIFIR 99

Insyallah, kali ini kita akan belajar pula tip-tip mudah untuk mengira sifir 99. Apa korang rasa kalau ada yang tanya sifir 99 tanpa korang boleh gunakan kalkulator ataupun pen/pensel dan kertas. Mestilah rasa susahkan sebab 99 tu bukannya kecil. Tapi tak apa. Insyallah, tip-tip yang akan saya kongsikan bersama ini akan dapat membantu korang menjawabnya dalam masa yang singkat. Jom baca.

SIFIR 99 UNTUK SATU DIGIT NOMBOR
Contoh: 5 x 99

5 x 99 = 495
Adakah korang perasan bahawa jikalau kita keluarkan 9 pada hasil darab tersebut kita akan dapat nilai 45. Dan nilai 45 itu adalah hasil daripada pendaraban antara 5 dan 9. Kalau korang nak kepastian, tengok senarai kat bawah. Kalau kita abaikan 9 di tengah, kita akan dapat bahawa nombor tersebut hanya hasil darab antara A (nombor yang di darabkan) dengan 9.

Sifir 99 (1-9)             (A x 9)    

1 x 99 = 099          (1 x 9 = 09)
2 x 99 = 198          (2 x 9 = 18)
3 x 99 = 297          (3 x 9 = 27)
4 x 99 = 396          (4 x 9 = 36)
5 x 99 = 495          (5 x 9 = 45)
6 x 99 = 594          (6 x 9 = 54)
7 x 99 = 693          (7 x 9 = 63)
8 x 99 = 792          (8 x 9 = 72)
9 x 99 = 891          (9 x 9 = 81)

Gambaran cara untuk mengira
Nota: korang pon boleh gunakan teknik ni untuk sifir 999,  9999 dan seterusnya. Korang hanya perlu tambah 9 di tengah macam kat atas. Cuma bilangan 9 kat tengah tu kurang satu dari bilangan 9 dari sifirnya
(Contoh: 5 x 999 = 4995, 5 x 9999 = 49995)

SIFIR 99 UNTUK DUA DIGIT NOMBOR
Baiklah, seterusnya adalah untuk nombor dua digit pula.

Contoh: 29 x 99

29 x 99 = 2871
Perhatikan betul-betul dua nombor hadapan pada hasil darab tersebut, 28 kan? Bukankah 28 itu adalah bersamaan 29-1 dan 29 adalah nombor yang didarabkan dengan 99. Kalau korang rasa bahawa ini hanya kebetulan, cuba lihat contoh-contoh di bawah.

34 x 99 = 3366
53 x 99 = 5247
79 x 99 = 7821

Kesemua contoh-contoh ini menunjukkan bahawa dua nombor dihadapan bagi hasil darab tersebut adalah bersamaan nombor yang didarabkan dengan 99 ditolak dengan 1. Ok, sekarang cuba perhatikan pula dua nombor dibelakang pada hasil darab tersebut. Cuba korang campurkan dua nombor dihadapan dengan dua nombor di belakang. Kesemuanya akan berjumlah 99. Betul kan?

34 x 99 = 3366          33 + 66 = 99
53 x 99 = 5247          52 + 47 = 99
79 x 99 = 7821          78 + 21 = 99

Oleh itu korang boleh kira macam ni.

Contoh: 26 x 99

Langkah 1: Untuk dua nombor di hadapan tolakkan dengan 1

Langkah 2: Untuk nombor yang ke tiga, tolakkan nombor pertama daripada 9

Langkah 3: Untuk nombor yang terakhir, tolakkan nombor kedua daripada 9


SIFIR 99 UNTUK TIGA DIGIT NOMBOR
Yang terakhir yang ingin saya kongsikan bersama pada kali ini adalah untuk nombor tiga digit

Contoh: 154 x 99

154 x 99 = 15246
Cuba perhatikan sekali lagi dua nombor pertama untuk hasil darab tersebut. Haha, kali ini bukan kurang satu tetapi kekal sama. Seterusnya perhatikan pula nombor yang ketiga bagi hasil darab tersebut. Nombor itu adalah hasil daripada nombor ketiga pada nombor yang didarabkan dengan 99 dan ditolakkan dengan nombor pertama yang didarabkan dengan 99 yang ditambah 1. 

Sekarang pula lihat pada dua nombor terakhir bagi hasil darab tersebut. Caranya agak sama dengan yang digit sebelum ini cuma kali ini kita akan gunakan dua nombor terakhir pada nombor yang didarabkan dengan 99. Jangan pening lagi. Saya akan terangkan secara terperinci bagi memudahkan korang untuk faham apa yang saya maksudkan. 

Untuk mengiranya, korang boleh guna cara ini

Langkah 1: Untuk dua nombor di hadapan, salin dua nombor hadapan bagi nombor yang di darabkan dengan 99


Langkah 2: Untuk nombor yang ketiga, tolakkan nombor ketiga bagi nombor yang didarabkan dengan 99 dengan nombor pertama yang didarabkan dengan 99 yang telah ditambah 1.



Langkah 3: Untuk nombor keempat, tolakkan nombor kedua bagi nombor yang didarabkan dengan 99 daripada 9  


Langkah 4: Untuk nombor terakhir, tolakkan nombor ketiga bagi nombor yang didarabkan dengan 99 daripada 10


Hanya ini sajalah yang dapat saya kongsikan bersama korang untuk kali ini. Harap apa yang saya kongsikan bersama ini akan memberi banyak manfaat. Insyallah, saya akan cuba berkongsi lagi jikalau ada kelapangan.

Link yang berkaitan:
CARA MUDAH MENGIRA SIFIR 11 
http://nofazkhawarizmi.blogspot.com/2014/01/cara-mudah-mengira-sifir-11.html )







   

Sunday 19 January 2014

MATEMATIK DAN HUMOR

HUMOR MATEMATIK

Hahaha... Memang pelik tetapi ajaib. Itulah yang hendak saya kongsikan bersama pembaca blog ini. Kebiasaanya kita selalu rasa bosan atau benci dengan matematik. Memang pelik kalau dengan matematik kita boleh ketawa. Tapi itulah keajaibannya. 

Jom kita tengok dan ketawa bersama-sama. Yang sedang minum air tu hati-hati, takut tersebur pula air tu.

apa akan berlaku kalau 1/0 ye??


ada jugak paranormal distribution....serammm

kombinasi sempurna


memang cute sudut ni...

siapa yang minat batman cuba lah buat graf ni...hehe



betul ke macam ni...??

hebat betul tukang masak ni...

patutlah garis ni tak pernah bertemu., malu rupanya

jom kenali garis, garis dan garis

1/2 + 1/2 = 1 (one whole)
rupa nombor-nombor...
X hanya untuk lanun?

 Pi of Pi Rates
korang pernah ada kawan imaginasi? seronok tak??
kalau korang pernah ada kawan imaginasi, mesti korang je yang nampak
inilah rupa kawan imaginasi saya...hehe
apabila i bertemu Pi
siapa boleh pecahkan kod ni...
kembangkan lagi, lagi dan lagi......
siapa yang nak kuatkan otak, buat latihan algebra banyak-banyak...hehe
Real + Imaginary = Complex
90 darjah?? panas tu kan?
faham???
hati-hati dalam hidup dan dalam jawab soalan matematik
masalah? jangan risau, pasti ada jalan penyelesaiannya
ooo..macam ni rupanya dapat nama pizza
mana satu lagi petak hilang???
jom kita menari ikut formula ...
i ate some pie and it was delicious!
inilah senjata yang digunakan dalam matematik

Baiklah, ini sajalah yang dapat saya kongsikan bersama untuk kali ini. Post kali ini hanya untuk saya tunjukkan bahawa matematik tu tak adalah membosankan sangat. Kita juga boleh rasa gembira dengan matematik kalau kita dapat menghayati dengan baik.

Harap anda akan rasa seronok semasa membuat latihan atau belajar matematik. 
Be The Best, Help The Rest. 


Thursday 16 January 2014

CARA MUDAH MENGIRA SIFIR 11


TIP-TIP SIFIR 11

Insyallah, pada kali ini kita akan belajar tip-tip untuk mudah mengira sifir 11. Tidak dinafikan bahawa di zaman yang serba canggih dan moden ini kita boleh mengira menggunakan kalkulator yang ada dijual di kedai-kedai ataupun menggunakan aplikasi yang ada dalam smart phone. Namun tidak salah kalau kita menambahkan ilmu kita walaupun kita rasa tidak begitu penting, kan? 

Ok. Mari kita mulakan perkongsian ilmu kita pada kali ini. Kita mulakan dengan yang paling mudah.

SIFIR 11 UNTUK SATU DIGIT NOMBOR

Contoh: 7 x 11

7 x 11 = 77
Jika anda lihat 7 apabila didarabkan dengan 11, hasilnya adalah 7 dan 7 (77). Begitu juga dengan 2 x 11 = 22, 3 x 11 = 33, 4 x 11 = 44 sehinggalah 9 x 11 =99. Sebagai kesimpulan, apabila nombor satu digit didarabkan dengan 11, nilainya hanya akan menjadi dua salinan digit tersebut.

Sifir 11 (1-9)

1 x 11 = 11
2 x 11 = 22
3 x 11 = 33
4 x 11 = 44
5 x 11 = 55
6 x 11 = 66
7 x 11 = 77
8 x 11 = 88
9 x 11 = 99

Sekiranya kita gantikan digit tersebut sebagai A, jadi bolehlah kita keluarkan

[Formula: (A) x 11 = (A)(A), dimana A adalah digit bagi nombor yang didarabkan dengan 11]

Nota: Setiap ( ) mewakili satu digit nombor

SIFIR 11 UNTUK DUA DIGIT NOMBOR

Seterusnya, mari kita lihat pula untuk nombor dua digit.

Contoh: 23 x 11

23 x 11 = 253
Cuba anda perhatikan nombor di antara 2 dan 3. Ya, itu adalah 5. Jika diperhatikan betul-betul, 5 adalah hasil tambah 2 dan 3 (2 + 3 = 5). Serta, nombor 2 dan 3 yang mengapit 5 adalah dua digit asal yang didarabkan dengan 11, iaitu 23. Mari kita cuba contoh yang lain bagi memastikan deduksi ini betul atau salah.

14 x 11 = 154
25 x 11 = 275
53 x 11 = 583

Nampaknya seperti yang dijankakan, nombor pertama dan terakhir bagi hasil darab tersebut adalah dua digit yang sama dengan dua digit nombor yang didarabkan dengan 11. Dan nombor yang berada di antara dua digit tersebut adalah hasil tambah dua digit tersebut. Oleh itu, kita boleh mengeluarkan

[Formula: (A)(B) x 11 = (A)(A+B)(B), dimana A adalah digit pertama dan B adalah
                digit kedua bagi nombor yang didarabkan dengan 11]

Nota: Setiap ( ) mewakili satu digit nombor

Contoh gambaran cara untuk mengira

SIFIR 11 UNTUK TIGA DIGIT NOMBOR

Baiklah, yang terakhir yang ingin saya kongsikan bersama mengenai tip-tip sifir 11 adalah bagi nombor yang mempunyai 3 digit.

Contoh: 215 x 11

215 x 11 = 2365
Mungkin nampak agak rumit, tapi percayalah cara ini amat mudah untuk digunakan. Jika anda perhatikan pada hasil darab tersebut, anda akan mendapati bahawa nombor tersebut mempunyai empat digit nombor.

~Digit pertama pada hasil darab tersebut adalah sama seperti digit pertama nombor yang didarabkan dengan 11.
~Digit kedua hasil darab tersebut pula adalah hasil tambah digit pertama dan digit kedua nombor yang didarabkan dengan 11
~Digit ketiga  hasil darab tersebut pula adalah hasil tambah digit kedua dan digit ketiga
nombor yang didarabkan dengan 11
~Digit keempat pada hasil darab tersebut adalah sama seperti digit ketiga nombor yang didarabkan dengan 11.

Oleh itu, kita dapat mengeluarkan
[Formula: (A)(B)(C) x 11 = (A)(A+B)(B+C)(C), dimana A adalah digit pertama, B                     adalah digit kedua dan C adalah digit ketiga bagi nombor yang didarabkan                           dengan 11]

Nota: Setiap ( ) mewakili satu digit nombor


Gambaran bagi mudah difahami



Mudahkan. Semoga segala tip-tip yang dikongsikan bersama ini akan menjadi sesuatu yang berguna untuk anda, InsyaAllah. Jikalau ada salah dan silap dalam perkongsian ilmu ini, saya memohon seribu kemaafan. Semoga Allah memberi kepada kita petunjuk dan hidayah-NYA. Amin.

Link yang berkaitan:
CARA MUDAH MENGIRA SIFIR 99
( http://nofazkhawarizmi.blogspot.com/2014/01/cara-mudah-mengira-sifir-99.html )

Wednesday 15 January 2014

MR SHARE - Sharing the knowledge

PERKONGSIAN ILMU YANG BERHARGA

Pada post kali ini, saya cuma ingin berkongsi pada para pembaca tentang sebuah blog yang penuh dengan informasi yang berguna. Saya kira blog ini amat sesuai untuk kita semua mendapatkan informasi yang berguna. Blog ini merupakan hak milik MR SHARE.

Home Page


Ini adalah link bagi blog tersebut: http://andajuta.blogspot.com/
_________________________________________________________________________________

Ini antara post2 yang menarik:

Kelebihan Ayat al-Quran


Siapa2 yg nak buat duit boleh cuba baca post ni

informasi berkenaan cara2 nak buat akaun online bank islam



Semoga perkongsian ini akan memberi banyak manfaat kepada anda. Selamat membaca.....